Asrama - Kolej Vokasional Shah Alam (Blog Tidak Resmi)

MENDEKATI MASALAH PELAJAR YANG MENETAP DI ASRAMA DAN MENCARI KAEDAH TERBAIK MENGATASINYA, BERTUJUAN MEMANTAP KAN PENGURUSAN ASRAMA PELAJAR. "KOMEN JUJUR DARIPADA PELAJAR, IBU BAPA, PENJAGA DAN PENGURUSAN ASRAMA AMAT DI HARAP KAN"

Thursday, 26 September 2013

Kolej Vokasional Shah Alam - TIADA SPM, TERUS DIPLOMA

Kolej Vokasional Shah Alam, Ke Arah Transformasi Sekolah Teknik
Oleh: EDITORIAL FOKUS SPM
Tarikh: 13 Februari 2013

Jika beberapa tahun lalu aliran teknik dan vokasional pernah dianggap sebagai bidang buat pelajar yang ‘malas belajar’, kini tidak lagi. Kemahiran merupakan ‘bakat’ yang amat berharga dalam pasaran pekerjaan. Keperluan industri terhadap lulusan berkemahiran semakin terbuka luas. Sehubungan itu, sekolah yang dikenali sebagai Sekolah Menengah Teknik Shah Alam mulai ditransformasikan sepenuhnya oleh kerajaan menjadi sebuah kolej vokasional pada 2013. Ia merupakan salah sebuah sekolah daripada seluruh sekolah teknik terpilih di Malaysia  yang melalui perubahan ini.

TIADA SPM, TERUS DIPLOMA
Kolej Vokasional Shah Alam bakal beroperasi dengan sistem kolej secara  keseluruhannya bermula tahun 2013. Sistem pengajiannya adalah 30 peratus akademik dan 70 peratus menumpukan kepada kemahiran. Waktu pembelajaran juga akan dipanjangkan iaitu daripada pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Menurut Pengetua kolej, Fariza Said Hassan, kemasukan bermula daripada  peringkat lepasan PMR. “Untuk memasukikolej ini, pelajar-pelajar lepasan PMR yang melepasi syarat-syarat kelayakan ditetapkan boleh memohon. Bagaimanapun, jika jumlah permohonan melebihi jumlah penawaran, mungkin kami akan adakan beberapa proses tapisan seperti melalui sesi temu bual,” ujar beliau. Tambahnya, “pelajar dinasihatkan agar memilih kolej ini bukan kerana sudah jemu dengan sekolah lama atau tidak minat belajar. Sebaliknya  biarlah keinginan itu kerana mereka benar-benar berminat dalam bidang kemahiran. Penting untuk mereka ingat bahawa sistem kolej tidak sama seperti sekolah lagi di mana mereka mempunyai peperiksaan akhir pada setiap semester.”  Sememangnya keputusan untuk  berada di kolej ini perlu diambil serius oleh pelajar kerana ketika sepatutnya berada di tingkatan empat, mereka sudah belajar dengan sistem semester. Sebanyak lapan semester atau empat tahun perlu ditamatkan bagi memperoleh Diploma. Mereka juga tidak perlu lagi menduduki peperiksaan SPM.

KELEBIHAN MILIKI KEMAHIRAN TINGGI
Keistimewaan pert ama yang dapat kita lihat kepada graduan lepasan kolej ini ialah memperoleh Diploma di usia muda. Mereka juga bakal menjadi rebutan di pasaran kerjaya kerana memiliki kemahiran yang tinggi iaitu sehingga ke tahap empat SKM. Malah, beruntungnya kerana pengajian dibiayai sepenuhnya. “Terdapat empat kursus yang ditawarkan bermula tahun ini iaitu Pemesinan Industri, Teknologi Kimpalan dan dua lagi kursus yang agak baru iaitu Pengurusan Perniagaan dan Pengurusan Pangkalan Data dan Aplikasi Web. Dua  tahun pertama, pelajar akan belajar subjek-subjek asas manakala dua tahun terakhir pembelajaran lebih spesifik dengan adanya praktikal atau latihan industri pada tahun terakhir,” kata Fariza mengenai kursus yang ditawarkan. Tambah beliau lagi, “kami menyasarkan bahawa graduan kolej ini sebanyak 10 peratus akan menjadi usahawan, 70 peratus terus bekerja manakala 20 peratus lagi melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Kelebihan pengajian kemahiran di sini juga bagi melahirkan graduan yang tidak hanya memiliki mentaliti ‘makan gaji’ tetapi mampu mengusahakan perniagaan sendiri. “Walaupun fokus utama kepada peningkatan  kemahiran, kerajaan juga memperkenalkan modul-modul insaniah bagi meningkatkan lagi kebolehan pasaran. ‘Soft Skills’ juga ditekankan di sini supaya para pelajar bukan hanya cemerlang di dalam kemahiran mereka malah gemilang di dalam faktor ‘persembahan diri’ dan komunikasi,” jelas Fariza. Beliau juga turut menjelaskan bahawa tanggapan segelintir masyarakat bahawa aliran teknik dan vokasional hanyalah untuk  mereka yang kurang cemerlang akademik dan sahsiah sebagai sebuah tanggapan yang tidak relevan lagi. Ini kerana semakin ramai para pelajar yang cemerlang akademik juga turut memilih untuk mengambil aliran ini sebagai penentu masa depan.

INFO
Prospek Kerja Bagi  Kursus-Kursus Ditawarkan Pengurusan Perniagaan
• Usahawan, Pengurus pemasaran dll Pemesinan Industri
• PELUANG KERJAYA: Penolong Jurutera di dalam industri kejuruteraan dan pembuatan, Penyelia Operasi  Mesin di dalam bidang pemesinan logam, dll. Teknologi Kimpalan
• PROSPEK KERJAYA: peluang pekerjaan terdapat di industri pembuatan dan pembinaan logam, loji pemasangan mesin dan jentera, industri perabot, peralatan logam dan
kerja-kerja struktur binaan.
• Pembantu Jurutera Kimpalan di dalam industri pembuatan dan pembinaan logam.
• Juruteknik dalam loji pemasangan mesin dan jentera, peralatan logam dan kerja-kerja struktur pembinaan logam di sektor industri.
• Menjalankan pekerjaan sendiri dengan mengadakan pelbagai kerja mengimpal serta membuat kerja secara kontrak.
Pengurusan Pangkalan Data dan Aplikasi Web
• PELUANG KERJAYA: Pembangun Laman Web, Pembangun Sistem  Pangkalan Data, Pengurus Data, Pereka Grafik Laman Web, Penganalisis Data, dll.

11 comments :

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. As'salamualaikum.saya muazzin..
    Kalau macam sya boleh msuk tmpa SPM atau pon PMR?? Sebab sya sekolah agama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kv ni lpsn pmr atau pt3 shj..tamat belajar pd umur 18..

      Delete
    2. Silap..umur 19 tahun habis bljr

      Delete
  3. Kalau kita masuk APA pelajaran kita dapat keputusan yang bail

    ReplyDelete
  4. https://sptv.moe.gov.my 20 disember 2018 tarikh tutup

    dah buka lama dah masa time sekolah lagi. kaunselor takde bgtau ke? atau awak tak alert?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam klu saya nak daftar anak saya boleh lagi tak ye

      Delete
  5. Sebab saya lambat dapat info tentang sklh ni..

    ReplyDelete

 
Copyright © . Asrama - Kolej Vokasional Shah Alam (Blog Tidak Resmi) - Posts · Comments
Theme Template by BTDesigner · Powered by Blogger