Asrama - Kolej Vokasional Shah Alam (Blog Tidak Resmi)

MENDEKATI MASALAH PELAJAR YANG MENETAP DI ASRAMA DAN MENCARI KAEDAH TERBAIK MENGATASINYA, BERTUJUAN MEMANTAP KAN PENGURUSAN ASRAMA PELAJAR. "KOMEN JUJUR DARIPADA PELAJAR, IBU BAPA, PENJAGA DAN PENGURUSAN ASRAMA AMAT DI HARAP KAN"

Sunday, 29 September 2013

TUGAS WARDEN

Menguatkuasakan/ mempastikan peraturan asrama dipatuhi dan mengambil tindakan ke atas hal-hal berkaitan disiplin berdasarkan prosedur yang ditetapkan.

Menyemak, menyiasat serta mengambil tindakan susulan ke atas laporan harian pengawas dan Ketua  Dormitori.

Menyediakan laporan harian untuk tindakan Pengetua/Penolong Kanan HEM.

Menyelia/memantau aktiviti-aktiviti harian dan berkala; contohnya:
Kelas persediaan
Waktu Solat
Waktu makan
Kelas fardhu ain/kelas agama
Aktiviti gotong- royong
Pertandingan antara dormitori
Majlis Makan Beradab
Aktiviti Sukan dan Kokurikulum

Memantau pengawas bertugas menjalankan ’roll-call.’

Mengadakan pemeriksaan dan ’roll-call’ .

Menguruskan kebenaran keluar/masuk murid asrama.

Mengadakan perjumpaan mingguan dengan Lembaga Pengawas Asrama dan Ketua-Ketua Dormitori.

Mengadakan pemeriksaan dan membuat laporan harian dormitori, bilik-bilik khas,  tandas, bilik air, persekitaran serta dewan makan.

Mengurus murid sakit dan urusan yang berkaitan dengannya.

Memantau dan memeriksa laporan prestasi akademik serta mengambil tindakan susulan yang sesuai.

Membuat persediaan untuk mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan dan Pentadbiran Asrama:
Minit Mesyuarat terdahulu
Laporan bulanan asrama
Pembentangan aktiviti dan takwim bulan berikutnya.

Mesyuarat/Perjumpaan Warden dengan Lembaga Pengawas Asrama sekurang-kurangnya sebulan sekali.

Membantu mengurus kemasukan murid asrama.
Penyediaan borang/dokumen
Taklimat kemasukan
Sesi suai kenal murid baru

Menyediakan Takwim serta Jadual Harian Asrama.

Mengumpul data/maklumat murid untuk:
Menganalisa prestasi akademik/peperiksaan
Melengkapkan Borang Kutipan Data Asrama ke Jabatan Pelajaran Negeri.

Menganjurkan aktiviti/kursus/seminar/bengkel.

Mengadakan perjumpaan dengan waris.

Mengadakan Latihan kecemasan.

Memantau peralatan, kemudahan serta perkara-perkara yang berkaitan dengan keselamatan.

Menyelia dan memantau kebajikan  murid berkaitan:
Makanan
Keselesaan di asrama
Kesihatan
Keselamatan
Biasiswa

Membantu Penyelia Asrama dalam urusan :
Pungutan yuran asrama
Perkhidmatan   pembersihan kawasan
Kawalan keselamatan
Penguatkuasaan kontrak bekalan makanan asrama

Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengetua/Guru Besar dan Penolong Kanan HEM.  .

0 comments :

Post a Comment

 
Copyright © . Asrama - Kolej Vokasional Shah Alam (Blog Tidak Resmi) - Posts · Comments
Theme Template by BTDesigner · Powered by Blogger