Asrama - Kolej Vokasional Shah Alam (Blog Tidak Resmi)

MENDEKATI MASALAH PELAJAR YANG MENETAP DI ASRAMA DAN MENCARI KAEDAH TERBAIK MENGATASINYA, BERTUJUAN MEMANTAP KAN PENGURUSAN ASRAMA PELAJAR. "KOMEN JUJUR DARIPADA PELAJAR, IBU BAPA, PENJAGA DAN PENGURUSAN ASRAMA AMAT DI HARAP KAN"

Sunday, 29 September 2013

TUGAS PENYELIA ASRAMA

1.0 Pentadbiran

Menyelia kakitangan asrama, perkhidmatan keselamatan dan pembersihan.

Mengurus inventori asrama.

Mengurus stor-stor asrama.

Menyediakan rekod-rekod pelajar yang tinggal di asrama.

Menyediakan jadual tugas harian/bulanan bagi kakitangan asrama.

Mengurus Pejabat Asrama dan memastikan perkara-perkara berikut teratur dan  kemas.

Sistem Fail
Data-data
Peralatan dan perabot serta susun aturnya
Buku Stok/Inventori peralatan,perkakas,perabot, dan lain-lain
Pekeliling-pekeliling yang berkaitan asrama
Buku Laporan Prestasi Kontraktor
Membantu warden dalam urusan/proses pengambilan dan pendaftaran murid   baru.

Memastikan  hapuskira peralatan dan perabot asrama / dewan makan diuruskan.

Bertanggungjawab melaporkan sebarang kerosakan kepada Pengetua/Guru    Besar dan  mengambil  tindakan susulan setelah mendapat kebenaran.

Mengumpul maklumat dari pihak yang berkaitan, menyediakan data dan
menghantarkannya kepada   pihak-pihak yang memerlukan.

Membantu menjayakan sebarang aktiviti asrama.

Menghadiri mesyuarat, taklimat serta kursus yang berkaitan.

Mengurus hal-hal berkaitan penggunaan asrama oleh pihak luar.

Membantu tugas-tugas warden ketika ketiadaannya di asrama.

Bertanggungjawab melengkap dan mengemaskini data SMA.

Menjalankan tugas yang diarahkan oleh Pengetua/Guru Besar atau Penolong Kanan  HEM.


2.0 Kewangan

Mengurus permohonan pembelian barang dan peralatan asrama untuk kegunaan asrama.

Menyediakan anggaran peruntukan tahunan asrama.

Mengurus pembayaran bil-bil asrama.

Mengurus Buku Tunai Asrama.

Menutup akaun asrama setiap hujung bulan.

Membuat penyata audit setiap hujung tahun.

Menuntut Geran Perkapita (PCG)  asrama dan pelarasan jika ada.

Membuat kutipan yuran asrama

Membantu memohon kelulusan menggunakan Wang Lebihan Makanan Asrama ke Jabatan Pelajaran  Negeri/ Kementerian Pelajaran Malaysia.


3.0 Kontrak Penswastaan

3.1  Bekalan Makanan Bermasak

Mengawal kebersihan makanan dan minuman serta pekerja dewan makan mengikut  garis panduan  kesihatan.

Mengemukakan laporan bulanan makanan ke Jabatan Pelajaran Negeri.

Mengemukakan laporan makanan tahunan ke Kementerian Pelajaran
Malaysia.

Bertanggungjawab sepenuhnya berkaitan bekalan makanan:

Mengisi Borang Pesanan (Jadual 8)
Menerima dan memeriksa bahan mentah
Mendapatkan pengesahan atau persetujuan Pengetua/Guru Besar
jika berlaku  pertukaran  bahan/menu.
Memantau proses penyediaan makanan.
Mengurus buku laporan harian bekalan bermasak.
Memastikan kontraktor mematuhi perjanjian kontrak dari aspek
bahan mentah, menu, spesifikasi dan masa yang ditetapkan.

Memastikan premis,perabot dan peralatan  selamat digunakan.

Memastikan kontraktor mematuhi peraturan/ garis panduan berkaitan   pekerja yang dikeluarkan oleh Kementerian  Pelajaran, Kementerian  Kesihatan dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Memastikan penerimaan bahan mentah mencukupi dan berkualiti.

Membantu menguatkuasakan perkara-perkara yang berkaitan dengan      pengurusan tender bekalan  makanan asrama.

3.2   Kawalan Keselamatan

Mempastikan Pengawal Keselamatan menjalankan tugas seperti dalam perjanjian kontrak.

Menyediakan jadual bertugas Pengawal Keselamatan.

Menyedia dan menghantar laporan harian/bulanan kepada pihak pengurusan sekolah.

3.3   Pembersihan Kawasan

Mempastikan kerja-kerja pembersihan kawasan dijalankan seperti dalam perjanjian kontrak.

Menghantar laporan bulanan kepada pihak sekolah dan kontraktor.

4.0   Kebajikan

Penyeliaan kesihatan murid berkaitan:

Pengurusan bilik sakit.
Pengurusan pergerakan murid asrama ke klinik/hospital.
Memberi bantuan mula kepada murid asrama.
Menyediakan dan mengemaskini rekod kesihatan murid asrama.






5. 0   Fizikal

Menjaga kebersihan kawasan asrama termasuk bangunan-bangunan.

Melaporkan kerosakan harta benda kerajaan.

Menjaga semua alatan dan kemudahan di asrama.

Menjalankan pemeriksaan setiap pagi untuk menentukan kebersihan dormitori, tandas, bilik  air, bilik-bilik khas, surau, dewan makan dan persekitaran asrama dalam keadaan bersih , teratur dan diurus rapi.

Menghantar Laporan Bulanan Pembersihan Kawasan Asrama.


6.0  Keselamatan

Memastikan semua peralatan keselamatan di asrama berfungsi dengan baik.

Memastikan keselamatan persekitaran asrama.

Memastikan semua kerosakan di asrama diselenggara dengan segera.

Memastikan semua pendawaian dan peralatan elektrik selamat digunakan.

0 comments :

Post a Comment

 
Copyright © . Asrama - Kolej Vokasional Shah Alam (Blog Tidak Resmi) - Posts · Comments
Theme Template by BTDesigner · Powered by Blogger