Asrama - Kolej Vokasional Shah Alam (Blog Tidak Resmi)

MENDEKATI MASALAH PELAJAR YANG MENETAP DI ASRAMA DAN MENCARI KAEDAH TERBAIK MENGATASINYA, BERTUJUAN MEMANTAP KAN PENGURUSAN ASRAMA PELAJAR. "KOMEN JUJUR DARIPADA PELAJAR, IBU BAPA, PENJAGA DAN PENGURUSAN ASRAMA AMAT DI HARAP KAN"

Sunday, 29 September 2013

TUGAS PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PPM)

Bertanggungjawab dalam pembentukan perkembangan jasmani, emosi,   rohani dan intelek murid asrama.

Menjaga hal ehwal murid-murid istimewa/murid-murid sekolah rendah daripada semua aspek pengurusan di asrama.

Membimbing/melatih/mengasuh kanak-kanak istimewa/murid-murid sekolah rendah mengenai semua aspek yang berkaitan dengan tata kelakuan, akhlak, adab sopan, menjaga kebersihan diri/alam sekitar.

Melayan keperluan murid yang sakit atau bermasalah emosi.

Mengawasi keselamatan murid.

Menjadi pengantara dengan ibu bapa dan penjaga murid.

Menghadiri dan mengambil bahagian dalam setiap mesyuarat pengurusan asrama.

Membantu  pelaksanaan program orientasi murid baru.

Bertanggungjawab melaporkan kepada pihak pentadbir dan pengurusan asrama sebarang  perkara yang tidak teratur, tidak mencukupi dan  tidak sesuai di asrama.

Menyemak dan memastikan keperluan diri murid asrama terurus.

Menyediakan laporan/rekod kesihatan murid asrama.

Membantu pelaksanaan aktiviti murid asrama.

Memastikan pelaksanaan aktiviti berjalan mengikut jadual:

Aktiviti Umum -  membantu melaksana dan memastikan murid mengambil bahagian  secara aktif  dalam aktiviti  seperti berikut:
Perhimpunan Umum
Gotong-royong
Aktiviti sukan dan rekreasi
Kelas Fardu Ain
Pemeriksaan mengejut/“roll call”
Sambutan Hari Kebesaran
Latihan Kecemasan
Lawatan Sambil Belajar

Aktiviti Harian – Melaksana serta memastikan aktiviti harian dipatuhi
                                oleh semua murid.
Melatih, mendidik dan memastikan murid ke sekolah mengikut masa yang ditetapkan.
Hadir ke sekolah 15 minit sebelum waktu persekolahan rasmi bermula :
Hari persekolahan harian
Kelas bimbingan
Persekolahan Gantian
Aktiviti Sukan dan Permaianan / kokurikulum
Majlis dan Upacara sekolah
                 
Membawa  bahan dan peralatan yang selengkapnya ke sekolah.
Memaklumkan kepada guru kelas / pihak pentadbiran jika murid tidak dapat hadir    ke sekolah atas sebab-sebab kesihatan.

Kelas Persediaan
Membimbing dan membantu murid belajar selepas waktu persekolahan.
Memastikan murid mempunyai masa rehat yang mencukupi sebelum masuk ke kelas persediaan.
Membimbing dan memastikan murid asrama hadir ke kelas persediaan pada waktu yang ditetapkan.
Membaca buku dan membuat kerja sekolah.
Mematuhi disiplin belajar ketika berada di dalam kelas.
Mengemas bahan dan peralatan yang digunakan sebelum meninggalkan bilik kelas persediaan.

Waktu Solat
Membimbing dan menentukan murid Islam bersuci dan bersembahyang lima waktu serta menguruskan kelas Al-Quran.
Membersihkan diri  murid sebelum solat dan belajar Al-Quran.
Memakai pakaian yang sesuai, lengkap dan bersih.
Hadir ke surau untuk bersembahyang berjemaah sebelum azan.
Hadir ke kelas Al-Quran selewat-lewatnya  5 minit sebelum kelas bermula.
Mengambil wuduk sebelum solat / kelas Al-Quran.
Tidak melakukan perkara yang dilarang ketika berada di surau/kelas al-Quran.
Sentiasa memelihara kekemasan dan kebersihan surau/ kelas al-Quran.

* Bagi murid bukan Islam, masa ini dipenuhi dengan aktiviti yang boleh meningkatkan    kerohanian mengikut kesesuaian amalan dan kepercayaan agama mereka.


Waktu Makan
Melayan, membimbing dan memastikan penghuni asrama mengamalkan cara-cara dan adab sopan ketika makan.
Membasuh tangan dengan sabun sebelum memegang peralatan makan.
Beratur ketika mengambil makanan.
Mengambil makanan mengikut keperluan bagi mengelakkan pembaziran.
Duduk dengan tenang dan sopan.
Membaca doa sebelum makan.
Tidak berbual secara keterlaluan dan bermain ketika makan.
Membaca doa selepas makan.
Meletakkan peralatan makan di tempat yang disediakan selepas makan.
Membersikan tangan selepas makan.
Keluar dari dewan makan dengan teratur.

Waktu Masuk dan BangunTidur
Melatih murid tidur pada masa yang ditetapkan.
Melatih dan memastikan murid supaya membuang air dan membersih diri sebelum masuk tidur.
Melatih murid supaya mengamalkan adab-adab tidur.
Memastikan lampu ‘dormitori’ dipadamkan semasa waktu tidur.
Memastikan murid membersih dan mengemas tempat tidur setiap masa seperti mengemas katil, melipat selimut bercadar dan bersarung bantal.

Pemeriksaan kesihatan
Melatih murid menjaga kebersihan,keceriaan dan keselamatan di asrama
Menjaga kebersihan dormitri, tandas, persekitaran dan bilik-bilik khas
Mempastikan tidak ada sampah di persekitaran asrama
Bersama bertanggungjawab memelihara kesegaran tumbuhan
Sentiasa menggunakan kasut ketika berjalan

Pengurusan diri
Membimbing murid asrama sentiasa memelihara kekemasan dan kebersihan diri
Membimbing murid asrama menyesuaikan diri dengan rakan-rakan dalam
        pergaulan
Membimbing murid mengemas diri dengan baik dan memakai pakaian dengan kemas dan teratur
Membantu dan membimbing penghuni asrama mengurus pakaian – membersih dan mengemas pakaian pada setiap hari.
Melatih dan membimbing murid mengemas diri dengan baik dan memakai pakaian dengan kemas dan teratur.
Memakai pakaian dengan kemas dan teratur
Menggunakan minyak rambut dan menyikat dengan rapi
Memakai bedak yang dibenarkan
Membasuh
Menjemur
Mengangkat
Menggosok
Menyimpan

Riadah
Melayan dan membimbing penghuni asrama ketika bermain di luar waktu persekolahan dan waktu kegiatan riadah
Hadir ke padang dan bilik kegiatan pada waktu yang ditetapkan
Memakai pakaian yang sesuai dengan aktiviti yang hendak dilakukan
Bermain di kawasan padang atau ruang-ruang yang dibenarkan
Menjaga keselamatan diri ketika bermain
Tidak begaduh ketika bermain

Pengurusan Disiplin
Membimbing dan mengasuh murid asrama supaya sentiasa berakhlak, berdisiplin, dan mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Menguatkuasakan peraturan pada setiap masa.
Dalam pergaulan seharian
Ketika makan
Semasa menyertai kegiatan sukan dan rekreasi
Ketika belajar
Solat

Kebersihan
Membimbing,melatih, mengawasi dan memastikan penghuni asrama menjaga kebersihan dan keceriaan asrama.
Dorm
Persekitaran
Dewan makan
Bilik mandi dan tandas
Bilik mencuci pakaian
Kelas persediaan
Bilik rawatan dan rehat
Bilik-bilik khas

Kebajikan dan Keselamatan
Membantu dan melayan keperluan penghuni asrama yang sakit atau menghadapi masalah emosi.
Menghubungi ibu bapa atau penjaga
Menyediakan rawatan sementara
Pengurusan mendapatkan rawatan di klinik dan hospital
Mengiringi murid balik ke rumah ibu bapa atau penjaga
Mengatur pertemuan murid asrama dengan Guru Kaunseling
Melayan keperluan murid yang sakit menghadapi masalah emosi
Mengawasi murid asrama ketika bermain di luar waktu persekolahan
Memupuk nilai-nilai kasih sayang dan sosial di kalangan murid asrama
Memastikan dan mendidik murid asrama mengamal cara pemakanan yang baik


Pengantara dengan ibu bapa/penjaga
Menjadi pengantara kepada murid yang sakit atau pun menghadapi masalah disiplin, kesihatan, gangguan emosi dan keperluan lain.
Menghubungi ibu bapa/penjaga bagi murid asrama yang bermasalah.    
Mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan ibu bapa/penjaga.
Memaklumkan masalah kepada ibu bapa/penjaga murid asrama
Menjalankan tugas dan amanah yang diarahkan oleh pihak Pengurusan Asrama.

0 comments :

Post a Comment

 
Copyright © . Asrama - Kolej Vokasional Shah Alam (Blog Tidak Resmi) - Posts · Comments
Theme Template by BTDesigner · Powered by Blogger