Asrama - Kolej Vokasional Shah Alam (Blog Tidak Resmi)

MENDEKATI MASALAH PELAJAR YANG MENETAP DI ASRAMA DAN MENCARI KAEDAH TERBAIK MENGATASINYA, BERTUJUAN MEMANTAP KAN PENGURUSAN ASRAMA PELAJAR. "KOMEN JUJUR DARIPADA PELAJAR, IBU BAPA, PENJAGA DAN PENGURUSAN ASRAMA AMAT DI HARAP KAN"

Monday, 30 September 2013

Pelajar sekolah berkemungkinan dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah mulai tahun 2013

Pelajar sekolah berkemungkinan dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah mulai tahun 2013

Pelajar sekolah berkemungkinan dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah mulai tahun 2013. Begitulah kenyataan yang dibuat Datuk Dr Wee Ka Siong ,Timbalan Menteri Pelajaran. Perkara itu antara yang terkandung dalam Draf Peraturan Pendidikan Displin Murid 2012, yang kini di peringkat akhir, sebelum dibawa kepada pejabat Peguam Negara dan diluluskan.

Kami melihat ada pro dan kontra dalam perkara ini.Dari satu sudut, isu ini merupakan inisiatif yang baik, dimana dengan adanya telefon bimbit, pelajar-pelajar terbabit dapat menghubungi ibu-bapa sekiranya berlaku apa-apa permasalahan.Namun, hanya itu sahajalah kebaikannya. Berbanding dengan keburukan, kami berpendapat perkara ini adalah lebih baik sekiranya tidak dilaksanakan.

“It creates more harm than good”

Walaupun penggunaan telefon bimbit diterhadkan hanya pada waktu di luar kelas, kami tetap berpendapat ianya lebih banyak membawa keburukan daripada kebaikan. Isu masalah sosial yang tinggi, disamping dengan penguatkuasaan yang kurang, akan mendorong pelajar-pelajar ini ke arah keburukan. Dari banyak segi, kami tidak nampak mengapa ianya perlu dibenarkan.

Itu belum cerita mengenai video klip 3gp, prono dan sebagainya lagi.Sedangkan pada waktu sekarang, telah ramai pelajar yang membawa telefon bimbit ke sekolah secara senyap-senyap dan merakan aktiviti-aktivi yang tidak bermoral, apatah lagi sekiranya penggunaan telefon bimbit dibenarkan kelak.

“Sesuatu trend dilihat lebih realistik pada waktu sama perlu ada sekatan pengunaan supaya tak ganggu gugat perjalanan dalam kelas itu prinsip kita dapat pelawa pandangan semua pihak”.
Terlalu banyak negatifnya dengan membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah.Nanti timbul pula kes kecurian, penyalahgunaan dan sebagainya. Di sekolah masih ada lagi telefon awam.Sekiranya ada apa-apa yang berlaku, masih ada lagi jalan penyelesaian dan juga guru yang dapat membantu.
Namun itu adalah pendapat kami. Apa pula pendapat anda semua? Setujukah anda sekiranya pelajar dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah mulai tahun 2013 ini?

0 comments :

Post a Comment

 
Copyright © . Asrama - Kolej Vokasional Shah Alam (Blog Tidak Resmi) - Posts · Comments
Theme Template by BTDesigner · Powered by Blogger