Pelajar Sekolah dan talipon Bimbit
Dunia semakin maju. cara pembelajaran pun semakin maju. tidak terlepas juga impaknya kepada perkembangan dalam kehidupan pelajar sekolah termasuklah para guru dan ibubapa mereka. Pada tahun 2013, kemungkinan dasar membenarkan Para pelajar sekolah untuk membawa talipon bimbit ke sekolah. ia salah satu perkembangan tentang transformasi untuk pendidikan. Penggunaan teknologi komunikasi seperti ini amat berguna pada masa kini. walaupun begitu, disebalik penggunaannya, faktor negatifnya juga harus diambil kira. Pada hakikatnya, teknologi talipon bimbit ini merupakan satu kemudahan yang memberi banyak impak positif dari beberapa sudut. Ianya terpulang kepada cara ia digunakan dan cara dasar ini dilaksanakan.
Keselamatan
Bila kita berbicara tentang keselamatan pelajar-pelajar sekolah terutama mereka yang bersekolah di kawasan bandar-bandar besar. apa yang ada difikiran kita ialah kes penculikan. Dengan adanya telepon bimbit ini, Para pelajar dengan mudah untuk menghubungi ahli keluarganya setelah tamat sesi pembelajaran. ini memudahkan pihak ibubapa untuk menjemput mereka pulang sekolah. Selain daripada itu, para pelajar juga dapat menghubungi cikgu, ibubapa termasuk pihak berkuasa jika ia terasa keselamatannya diancam.
Pada sudut negatifnya pula, pelajar-pelajar ini akan terdedah dengan kejadian ragut. dengan membawa talipon bimbit ke sekolah, ia akan menarik minat para peragut untuk mencari mangsanya dari kalangan pelajar sekolah. selain daripada itu, kemungkinan pencuri licik di kalangan pelajar sekolah juga akan bergiat aktif. ini adalah tarikan jika barangan berharga dibawa kesekolah.
Kemudahan teknologi
daripada segi kemudahan teknologi, para pelajar akan mudah untuk mendapatkan maklumat jika digunakan dengan betul. Para pelajar mampu merakam sesi pelajaran di sekolah untuk menjadi rujukan ketika berada di rumah. selain daripada itu, kemudahan kameranya boleh digunakan untuk mengambil contoh-contoh gambar yang berguna untuk sesi pembelajaran. komunikasi pelajar juga akan menjadi lebih menyeluruh dan pendedahan maklumat yang pelbagai amat berguna untuk meningkatkan prestasi para pelajar.
dari sudut negatifnya pula, pelajar akan lebih leka untuk merakam aksi-aksi mereka di sekolah untuk di tonton oleh orang ramai di youtube mahupun lamak-laman sosial. kerana kelekaan seperti ini, pembelajaran pelajar sekolah akan lebih merosot dan kemungkinan menjadi teruk. pendedahan kepada masalah sosial dan disiplin akan lebih menjadi mudah.
Sesi Pembelajaran
jika kemudahan ini digunakan dengan cara yang betul, perjalanan sesi pembelajaran juga akan lebih menjadi mudah. ia mampu mengubah cara bagaimana para guru-guru untuk berkomunikasi dengan para pelajarnya. sistem penyampaian ilmu kepada para pelajar juga akan mendapat satu anjakan dan akan memudahkan para pelajar untuk memahami.
Walaupun begitu, kemungkinan besar akan ada gangguan kepada sesi pembelajaran jika kemudahan ini digunakan dengan tidak sepatutnya. gangguan panggilan talipon ketika sesi pembelajaran akan membantutkan pembelajaran malah akan mengganggu pembelajaran kepada para pelajar yang lain.
Pandangan pribadi aku, walau apa pun keputusannya, kajian menyeluruh harus dilakukan sebelum melaksanakan dasar ini. selain daripada itu, penetapan cara ia dilaksanakan perlu diperbincangkan bersama pihak sekolah dan para ibubapa. jika diberikan peluang untuk memberi pandangan.. aku rasa nak bagi beberapa perkara yang aku rasa sesuai untuk dasar ini.
1- Para pelajar sekolah hanya dibenarkan untuk membawa talipon bimbit yang asas. (tidak mempunyai kamera, skrin biasa dan tidak mempunyai kad memori) asasnya, talipon ini murah dan penggunaan taliponnya adalah asas.
2- Talipon bimbit harus diserahkan kepada guru kelas untuk simpanan sehingga tamat sesi persekolahan. ibubapa harus menyimpan nombor talipon pihak sekolah ataupun talipon guru kelas anak masing-masing. ini bertujuan untuk mengelakkan daripada talipon bimbit tersebut hilang dan jika ada perkara penting, ibubapa boleh berhubung dengan pihak sekolah dan guru kelas pelajar tersebut.
3- Jika terdapat penyalahgunaan teknologi, pelajar tersebut harus bertanggungjawab untuk menerima tindakan undang-undang sekolah termasuk undang-undang negara.
0 comments :
Post a Comment